Sukan Hari Ini

Amukan Helang Merah

IMG_20131218_113224

Alor Setar: Kedah bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Perlis pada saingan Liga Perdana di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Perlis di bawah bimbingan Mohd Reduan Abdullah bagaimanapun di depan terlebih dulu menerusi gol sumbangan penyerang Farizal Rozali pada minit ke-22 selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol lawan Mohd Muhaimin Mohamad.
Tersentak dengan jaringan pembukaan pasukan pelawat itu, Kedah menggandakan asakan dan akhirnya perancang utama Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.

Kedah tidak menunggu lama untuk memimpin saingan apabila memperoleh gol kedua pada minit ke-36 menerusi sepakan penalti Billy Mehmet selepas awang import Perlis, Gonzalo Garavano menjatuhkan Baddrol dalam kotak penalti.
Anak buah David Mitchell terus membuat Perlis derita apabila menambah gol ketiga menerusi Syazwan Zainon seminit sebelum tamat perlawanan.
Bersambung babak kedua, Kedah menambah gol keempat menerusi Mehmet yang menewaskan dua pertahanan lawan sebelum meleretkan bola ke penjuru kiri gawang gol lawan pada minit ke-82.

-myMetro-

www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AmukanHelangMerah/Article/index_html

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");