Berita Hari Ini

Fenomena Suhu Rendah Berterusan Pagi Ini

Besut beriklim sejuk

KUALA LUMPUR: Perubahan suhu secara mendadak di lokasi seperti Kuala Krai, Kelantan; Kangar, Perlis dan Cameron Highlands seperti yang dilaporkan akhbar kelmarin dijangka akan terus berada di tahap rendah pagi ini menurut laman web kaji cuaca terkemuka AccuWeather.com.

Suhu minimum di Kuala Kra dan Cameron Highlands dijangka sedikit meningkat berbanding semalam dengan catatan suhu minimum masing-masing 19 darjah Celsius dan 15 darjah Celsius manakala Kangar kekal dengan jangkaan suhu minimum 21 darjah Celsius.

Sementara itu antara bandar utama yang dijangka mengalami suhu minimum yang rendah pagi ini adalah Kota Kinabalu (23 darjah Celsius), Alor Setar (23 darjah Celsius) dan Johor Bahru (23 darjah Celsius).

Pengarah Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah sebelum ini berkata catatan suhu yang agak rendah daripada kebiasaan sebenarnya disebabkan musim Monsun Timur Laut yang membawa tiupan angin dari kawasan sejuk seperti China dan Siberia.

-myMetro-

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014012503564120140125035641/Article/index_html

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");