Sukan Hari Ini

‘Apa Dosa Mereka?’

takraw

Kuala Lumpur: “Berikan saya kesilapan mereka (Setiausaha Agung Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Arshad Yahya dan Penolong Setiausaha Agung 1 Tengku Adnan Tengku Burhanuddin) secara terperinci, jangan main tuduh saja.”

Itu permintaan Presiden, PSM Datuk Ahmad Ismail berhubung gesaan untuk memecat dua individu berkenaan yang disuarakan segelintir pihak baru-baru ini.

“Apa salah dan dosa mereka? Jangan main tuduh saja. Ada tak orang lain yang mampu memikul tanggungjawab seperti mereka, kalau ada siapa yang boleh gantikan?” soal Ahmad semalam.

Gesaan untuk menyingkirkan dua individu berkenaan yang dilabelkan sebagai ‘orang kuat’ Ahmad disuarakan Kelab Sukan Rekreasi dan Kebajikan Bekas Pemain Sepaktakraw Malaysia, baru-baru apabila menyifatkan trio berkenaan gagal menjalankan amanah diberikan susulan kegagalan berterusan skuad negara meraih emas pada temasya besar seperti Sukan SEA Myanmar baru-baru ini.
Arshad dilantik Setiausaha Agung pada 2003 selepas Ahmad dipilih presiden persatuan berkenaan manakala Tengku Adnan dilantik Penolong Setiausaha Agung 1 pada 2011. Sebelum itu, beliau memegang jawatan Ketua Seranta PSM.

-myMetro-

http://www.hmetro.com.my/articles/2014012500273720140125002737//Article?BeritaUtama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");