Berita Hari Ini

AS Puji Malaysia Bantu Proses Damai Kerajaan Filipina-MILF

proses damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) memuji peranan Malaysia yang membantu memudahkan proses damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Setiausaha Negara Amerika, John Kerry, berkata Washington memuji peranan kerajaan Malaysia, yang menjadi fasilitator perbincangan itu, dan juga Kumpulan Hubungan Antarabangsa atas peranan mereka yang konstruktif bagi menyelesaikan konflik empat dekad di selatan Filipina.

“Kerajaan Amerika mengucapkan tahniah kepada kerajaan Filipina dan MILF kerana mengakhiri rundingan ke arah mencapai perjanjian yang bersejarah dan komprehensif.

“Perjanjian ini menawarkan perjanjian damai, keselamatan dan kemakmuran ekonomi untuk generasi masa kini dan akan datang di Mindanao, katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Kerry berkata kedua-dua pihak juga menghampiri visi yang adil dan penyelesaian secara aman seperti yang digariskan dalam Rangka Kerja Perjanjian Oktober 2012 bagi Bangsamoro.

Semalam, kerajaan Filipina dan MILF menandatangani lampiran terakhir dalam Rangka Kerja Perjanjian bagi Bangsamoro, dengan harapan untuk membawa keamanan dan kemakmuran di Mindanao, Selatan Filipina.

Kedua-dua pihak juga menandatangani syarat tambahan mengenai perairan Bangsamoro.
Pengerusi panel kerajaan Filipina Prof Miriam Coronel-Ferrer dan pengerusi panel MILF Mohagher Iqbal menandatangani dokumen-dokumen berkenaan di hadapan fasilitator Malaysia Tengku Datuk Ab Ghafar Tengku Mohamed, untuk memuktamadkan Perbincangan Tinjauan Formal Filipina-MILF ke-43 yang diadakan di sini sejak Rabu.

 

 

– BERNAMA-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");