Sukan Hari Ini

Awang import jadi sandaran TRW

AWANG TRW

PEMAIN import berkualiti menjadi taruhan pasukan The Red Warriors (TRW) untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2014.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, selain prestasi pemain import, kebijaksanaan jurulatih membuat percaturan juga bakal menentukan kejayaan pasukan.

Menurutnya, keupayaan barisan jurulatih merancang gandingan pemain import dan tempatan akan memperkuatkan pasukan dalam mengharungi kancah Liga-M musim ini.

“Kehadiran beberapa pemain import berkualiti mampu memperkuatkan jentera TRW dan kombinasi Mohamed Shawky, Mohammed Ghaddar serta Francis Forkey Doe boleh menjadi tulang belakang pasukan.

“Soal keserasian bukan masalah utama kerana ketiga-tiga pemain itu pernah beraksi bersama ketika mewakili kelab Mesir, Al-Ahly pada 2010,” katanya kepada media semasa Lawatan Hakisan Sungai Melor, di sini, semalam.

Beliau juga meramalkan TRW bakal berdepan saingan sengit dari Johor Darul Takzim (JDT), Terengganu, T-Team dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dalam merebut takhta juara Liga Super 2014.

Annuar bagaimanapun menaruh keyakinan kepada Ketua Jurulatih Kelantan, Steve Darby dan barisan pahlawan merah.

“Jika mahu merebut takhta Liga Super dan Piala Malaysia, serta mempertahankan Piala FA, pemain perlu bekerja lebih keras juga meningkatkan kecergasan ke tahap maksimum.

“Kelantan mesti gandakan persediaan untuk menghadapi pasukan kuat seperti JDT, Terengganu, T-Team dan ATM selain Felda United (Liga Perdana) dalam saingan Piala FA serta Piala Malaysia,” tegasnya.

Pada sepak mula Liga Super, 18 Januari nanti, Kelantan akan menentang Sime Darby dan kesemua 12 pasukan telah membawa masuk pemain import berkualiti.

Sehubungan itu, Annuar menjangkakan saingan Liga M akan dicorakkan pemain import membolehkan kesemua pasukan mempunyai kekuatan seimbang.

Dalam pada itu, Annuar mengingatkan pemain pasukan Kelantan supaya lebih bersedia dan terus menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh bagi menghadapi cabaran musim ini.

Dalam perkembangan lain, TRW melalui Warriors akan melancarkan jersi baru pasukan Kelantan pada 15 Januari ini dengan menetapkan jersi Liga M dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kepada dua syarikat berasingan yang mana Umbro kembali menaja jersi untuk Piala AFC.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");