Membawang Hari Ini

Brad Pitt muncul dalam 22 Jump Street

brad pit

Masih ingat filem komedi slapstik 21 Jump Street menggandingkan Channing Tatum dan Jonah Hill sebagai pegawai polis yang menyamar untuk memberkas ‘kepala’ pengedar dadah?

Kali ini, melalui sambungannya yang berjudul 22 Jump Street, penonton pasti teruja dengan kemunculan ramai bintang ternama termasuk Brad Pitt yang diundang khas. Terdahulu, personaliti lain seperti Johnny Depp serta Holly Robinson Peete pernah tampil sebagai cameo.

Ditayang pertengahan tahun

Filem ini diilhamkan daripada siri televisyen popular 1987 yang menggunakan judul sama. Ia berkisar dua anggota polis yang ditugaskan menyamar sebagai pelajar sekolah tinggi untuk membanteras masalah pengedaran dadah.

Apabila diangkat ke layar perak pada Mac tahun lalu, filem ini mengundang kritikan biarpun mendapat sambutan di luar jangkaan. Difahamkan 22 Jump Street akan ditayangkan menjelang pertengahan tahun ini.

-Berita harian

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");