Berita Hari Ini

Bughah: Cadang Muzakarah Fatwa Kebangsaan

Mufti: Beware of pluralism and liberalism

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disyorkan supaya mengadakan Muzakarah Fatwa Kebangsaan, bagi menjelaskan isu bughah yang masih mengelirukan rakyat.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ini kerana hanya dengan kaedah itu dapat menjernihkan keadaan kerana perkara tersebut agak sensitif untuk dijelaskan.

“Kalau saya turut beri maklum balas rasanya tidak sesuai, kerana akan menimbulkan percanggahan dan kekeliruan dan mungkin juga kita sesama mufti akan berselisih faham.

“Jadi untuk menjelaskan perkara berkenaan, ada baiknya dibawa ke perbincangan tertutup dengan bermuzakarah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menggelar peserta perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada 31 Disember lalu sebagai golongan penderhaka atau bughah dalam bahasa Arab yang menimbulkan reaksi kurang senang rakyat.

Kata Harussani, kenyataan itu adalah berdasarkan dakwaan bahawa kumpulan peserta demonstrasi tersebut berhasrat untuk menggulingkan kerajaan.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, jika kenyataan berhubung perkara tersebut dilanjutkan tanpa mencari penyelesaian tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan mengeruhkan keadaan.

“Kalau saya bagi juga kenyataan berhubung bughah ini, kita tidak dapat pastikan bagaimana penerimaan rakyat, mungkin kefahaman mereka adalah berbeza yang akhirnya hanya memburukkan keadaan.

“Jadi lebih elok jika pihak yang bertanggungjawab tampil menjelaskan supaya perkara ini tidak berlanjutan,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");