Sukan Hari Ini

City sedia ke final

mc

MANCHESTER City selangkah ke final Piala Liga selepas membenam West Ham United 6-0 di laman sendiri, awal pagi semalam.

Alvaro Negredo meledak hatrik pertamanya pada minit ke-12, m-27 dan m-49.

Tiga gol lagi disumbangkan oleh Yaya Toure (m-40) dan Edin Dzeko (m-61,m-90).

Kemenangan dengan enam jaringan itu merupakan kali ketiga buat The Citizens di mana mereka sebelum ini menumpaskan Tottenham Hotspur (6-0) dan Arsenal (6-3).

Pengendali City, Manuel Pellegrini menyifatkan kemenangan itu sebagai kemenangan yang menakjubkan.

“Kami tidak mempunyai masalah untuk menyumbat dua, tiga atau empat gol. Kami tetap bermain dengan cara yang sama,” katanya.

Mengulas mengenai hatrik Negredo, jurulatih dari Chile itu menjelaskan, Negredo merupakan seorang penyerang yang hebat.

“Dia jarang digandingkan dengan Dzeko tetapi mereka kini bertambah serasi,” katanya.

City yang dilihat hampir ke final buat kali pertama selepas 38 tahun selepas ini akan bertandang ke Boleyn Ground untuk aksi timbali balik, 22 Januari depan.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");