Jenayah

Bekas Naib Presiden IIB didenda RM30,000

iib

Mengaku salah terima wang tunai RM25,000 beri tender projek pada 2010

Johor Bahru: Bekas Naib Presiden Iskandar Investment Berhad (IIB) didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku salah menerima wang tunai RM25,000 tanpa balasan, empat tahun lalu.

Mohamad Hanafiah Abu Mansor, 48, didakwa menerima wang tunai berjumlah RM25,000 daripada Mohd Zulkifli Arif yang mempunyai perhubungan dengan tugas rasmi seorang penjawat awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan letak kenderaan belakang pejabat IIB, Danga Bay, dekat sini antara jam 3 hingga 4 petang, awal Januari 2010.

Tukar pengakuan

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan pilihan.

Mahkamah turut menetapkan penjara enam bulan jika tertuduh gagal menjejaskan denda.
Mohamad Hanafiah menjelaskan denda itu.

Kesalahan dilakukan ketika tertuduh memegang jawatan Naib Presiden IIB dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Medini Iskandar (M) Sdn Bhd yang juga anak syarikat IIB.

Beri kerjasama penuh

Tertuduh menerusi peguamnya, Azrul Zulkifli Stork, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum tanpa penjara dengan alasan menanggung isteri dan empat anak, selain memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan kes.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fazlin Hamdan, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh.

Mengikut fakta kes, Medini Iskandar mengeluarkan tender projek Cadangan Pembinaan dan Penyiapan Jalan Logistik Alternatif Penduduk Kampung Sungai Pendas Untuk Pembangunan Medini Iskandar Malaysia bernilai RM2.7 juta kepada Mohd Zulkifli menerusi syarikat Segi Mulia Sdn Bhd.

Pada awal 2010, tertuduh didakwa menelefon Mohd Zulkifli dan berjumpa di sebuah restoran di belakang pejabat IIB sebelum meminta wang RM25,000 yang kemudian diserahkan Mohd Zulkifli.

Ketika menerima wang tunai itu, tertuduh menyedari Syarikat Segi Mulia Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor Medini Iskandar.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");