Berita Hari Ini

Dana RM20 Juta Stabil Harga

FAMA
Putrajaya: Kerajaan meluluskan dana tambahan sebanyak RM20 juta kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) untuk mewujudkan stok penimbal bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan dan menstabilkan harga barang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dana tambahan berkenaan, masing-masing RM8 juta bagi FAMA dan RM12 juta bagi NEKMAT membolehkan agensi berkenaan membeli bekalan terus daripada petani dan nelayan serta diimport dari luar negara.

“Justeru, apabila harga barang naik, FAMA dan NEKMAT boleh bertindak menjual sayur dan ikan di pasar tani untuk menstabilkan harga.

 Pengguna ada alternatif

“Saya percaya pengguna ada alternatif (membeli barang) dan saya harap mereka mempunyai pengetahuan serta memilih tempat yang menawarkan harga yang berpatutan atau lebih rendah dari tempat lain,” katanya selepas melawat Pasar Tani Putrajaya, Presint 2 di sini, petang semalam.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib berkata, dana tambahan itu adalah program khas membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat dan dilaksanakan di 517 pasar tani serta membabitkan kira-kira 25,000 peniaga seluruh negara.
“Kita boleh menambah lagi (dana) dan yang penting, program ini berkesan serta rakyat mendapat manfaat,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 17 sayur dan ikan terpilih akan dibeli sebagai stok penimbal bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan terutama pada musim perayaan dan tengkujuh, sekali gus mengurangkan beban pengguna dalam menghadapi harga mendadak pada musim berkenaan.

“Jumlah import keseluruhan komoditi itu adalah 31,000 tan setahun dan ia dipilih kerana paling banyak digunakan, sangat sensitif pada perubahan bekalan, mempunyai alternatif untuk import dan boleh disimpan,” katanya.

Umum 10 lagi barang

Ismail Sabri turut mengumumkan 10 lagi barang di bawah Program Jimat Belanja Dapur, tambahan kepada 22 barang yang diumumkan ketika pelaksanaannya bermula 7 Januari lalu, yang menawarkan penjimatan harga antara lima hingga 20 peratus di pasar tani seluruh negara.

Terdahulu, Najib meluangkan masa lebih setengah jam untuk meninjau harga barang di Pasar Tani Putrajaya dan beramah mesra dengan penjual serta pembeli.

-Berita Harian-

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DanaRM20jutastabilharga/Article

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");