Berita Hari Ini

Pelajar Malaysia di Jordan Selamat Dibawa Pulang

pelajar malaysia

Sik: Amira Omar, penuntut Universiti Mu’tah, Jordan yang kerap pengsan ketika kuliah akibat kencing manis kronik, selamat dibawa pulang ke Kampung Batu Lima, semalam.

Kepulangan Amira, 22, penuntut tahun empat jurusan Syariah/Usuluddin itu dibiayai Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Kelab UMNO Jordan.

Beliau dibawa pulang selepas Kelab UMNO Jordan melalui Timbalan Presiden Kelab UMNO Jordan, Badrul Amirul Amin Bohari, berhubung dengan Pemuda UMNO Kedah melalui e-mel, kira-kira tiga minggu lalu.

 Amira yang menghidap penyakit itu sejak Mei lalu, akan menamatkan pengajiannya September depan.

Bantu bawa pulang

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata selepas mendapat e-mel itu, beliau berusaha membawa pulang Amira.
“Kami turut memanjangkan perkara berkenaan kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, sehingga berjaya membawa pulang Amira dengan selamat.

“Pemuda UMNO membiayai kos penerbangan, penginapan termasuk mengiring Amira bagi memastikan penuntut itu selamat pulang ke rumah dan menjalani rawatan pakar di negeri ini,” katanya.

Turut menunggu ketibaan penuntut itu di rumahnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abd Hamid, Jawatankuasa Pemuda UMNO Negeri Kedah dan bahagian Sik serta Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik, Samnah Asik.

Shaiful Hazizy berkata, beliau dimaklumkan kos rawatan di Jordan RM500 sebulan, sekali gus membebankan keluarganya.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO mengambil inisiatif membawa pulang Amira bagi mendapat rawatan di tanah air pada bayaran lebih murah.

Katanya, pada masa sama, Pemuda UMNO juga akan membantu Amira sekiranya penuntut itu ingin menyambung pengajian di universiti di tanah air bagi memudahkan keluarganya memantau tahap kesihatan gadis itu.

-Berita Harian-

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarkitadiJordanselamatdibawapulang/Article/index_html

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");