Berita Hari Ini

Empower hargai murid cemerlang

empower

BACHOK – Kecemerlangan Siti Nur Aimie Fitri Che Ibrahim, 12, yang memperoleh lima A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu mendapat perhatian Empower Bachok.

Siti Nur Aimie sebelum ini lemah dalam subjek Matematik dan sukar menghafal sifir, menyebabkan dia sukar menjawab soalan dalam subjek berkenaan setiap kali peperiksaan.

Menurutnya, dia berusaha mengatasi kelemahan itu dengan mengikuti program Empower di sekolah, selain mengikuti kelas tambahan yang dibuat oleh guru.

“Selepas ujian pertengahan tahun, pelajaran saya lebih baik. Program Empower di sekolah membantu meningkatkan prestasi kerana penceramah yang dijemput berpengalaman memeriksa kertas peperiksaan,” katanya yang menerima cenderamata daripada Empower Bachok.

Sementara itu, ibunya, Rohaya Said, 35, berkata, dia sentiasa memberikan semangat kepada anaknya supaya berusaha gigih dalam pelajaran agar cita-citanya menjadi saintis menjadi kenyataan.

“Namun, kegembiraan Siti Nur Aimie yang cemerlang dalam UPSR tidak dapat dikongsi bersama bapa tersayang, Che Ibrahim Che Mood, yang meninggal dunia 13 Ogos lalu ketika keluar menangkap ikan,” katanya yang memberitahu mayat suaminya itu ditemui dalam botnya tiga hari kemudian di laut Karam Payung iaitu empat jam perjalanan dari Kuala Kemasin.

Dalam pada itu, anak ketiga daripada lima beradik perempuan ini berkata, dia berazam belajar bersungguh-sungguh bagi membantu mengubah nasib keluarga pada masa depan.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");