Isu Panas

Guan Eng cakap tak serupa bikin

Lim-Guan-Eng

BALIK PULAU – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikatakan cakap tak serupa bikin apabila membeli kereta jenis Mercedes-Benz S300L sebagai kereta rasminya bagi menggantikan Toyota Camry 2.5 Auto yang baru dibeli sejak dua bulan lalu.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, Guan Eng pernah mengkritik Kerajaan Negeri Terengganu yang membeli 14 kereta Mercedes E200 untuk digunakan menteri besar, exco dan pegawai kanannya.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang dulu bukan main lantang menentang Kerajaan Negeri Terengganu apabila membeli kereta Mercedes untuk exco dan menteri besarnya. Sekarang ini apa yang dihentam itu dibuat di Pulau Pinang pula. Ia satu pembaziran kerana Toyota Camry baru saja dibeli.

“Walaupun kerajaan negeri dapat harga Mercedes itu tanpa cukai, tapi dari sudut prinsip, ia terang-terang salah. Kalau kita komen tentang hal orang, tiba-tiba kita buat, ia bertentangan dengan prinsip, itu yang dinamakan cakap tak serupa bikin,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Insentif Projek Estet Padi Pengurusan Secara Berpusat di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Seri Pulau, di sini, semalam.

Sebelum ini, Guan Eng menempelak tindakan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai pembaziran kerana menghabiskan RM3.42 juta untuk membeli 14 limosin Mercedes-Benz E200 Compressor untuk kegunaan menteri besar, exco dan pegawai kanannya.

Guan Eng turut menyifatkan tindakan pembelian itu sebagai tidak bijak kerana melibatkan kos yang tinggi sedangkan rakyat sedang sengsara kerana kos hidup yang meningkat.

Guan Eng turut membidas Umno dengan mengatakan pemimpin Umno hidup mewah sedangkan rakyat menderita.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");