Membawang Hari Ini

Hip Global: ‘Banjir’ di Golden Globe bukan air najis

golden globe

Biarpun insiden paip pecah yang mengeluarkan air hitam dan berbau busuk mengganggu acara permaidani merah Anugerah Golden Globe, Isnin lalu (waktu Malaysia), penganjur memaklumkan ia bukan air najis seperti diperkatakan ramai.

Wakil Jabatan Bomba Beverly Hills yang bergegas ke Hotel Hilton, lokasi berlangsungnya majlis, mengeluarkan laporan berkenaan selepas ramai pihak melihat kejadian itu sebagai sesuatu yang sewajarnya dapat dielakkan.

Katanya, insiden yang berlaku beberapa jam sebelum majlis besar membabitkan ramai bintang Hollywood itu disebabkan sistem pengaliran air yang bertahun tidak digunakan.

“Kami difahamkan, paip pecah pada tengah hari itu mengeluarkan 150-200 gelen air. Dengan warna hitam serta bau kurang menyenangkan, ramai menyangka ia air kumbahan,” kata sumber.

Walau apa pun alasan atau punca dikemukakan, situasi terbabit tetap merosakkan kemeriahan majlis, seterusnya menjadi bahan kritikan.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");