Sukan Hari Ini

Jimenez Tidak Terburu-Buru Tentukan Barisan Utama JDT

Cesar Ferrando Jimenez 2

Musim Liga Malaysia 2014 akan bermula dalam tempoh dua minggu lagi tetapi pengurus pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Cesar Ferrando Jimenez tidak tergesa-gesa untuk menamakan kesebelasan utamanya.

Ini kerana bekas jurulatih Atletico Madrid dan Valencia dalam La Liga Sepanyol itu mempunyai ramai pemain bintang termasuk bekas pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar dan Luciano Figeuroa.

“Saya belum memutuskan barisan kesebelasan utama. Johor merupakan pasukan yang besar dan saya bangga dengan pemain. Kami mahu menang setiap perlawanan…tidak kira sama ada Aidil Zafuan atau Aimar.

“Apa yang paling penting ialah Johor dan bukan pemain. Yang paling pentingJohor menang dalam setiap perlawanan,” katanya.

Dalam usaha memantapkan pasukan musim ini, JDT telah mengikat beberapa pemain antarabangsa seperti Aimar, Figueroa dan dua pemain antarabangsa Singapura, Bhaihakki Kaizan dan Harris Harun serta beberapa pemain kebangsaan termasuk Amri Yahyah, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar dari Selangor.

Sementara itu, ketua jurulatih Pelita Bandung Raya, Dejan Antonic, yang fasih berbahasa Indonesia, berkata apa yang penting esok bukanlah keputusan perlawanan tetapi mengetahui dengan lebih jelas kelemahan dan kekuatan pasukan.

Ketua pasukan Pelita, Bambang Pamungkas yang turut hadir pada sidang media itu, berkata apa yang penting adalah membina keserasian dalam kalangan pemain sebelum bermulanya Liga Indonesia bulan depan.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");