Berita Hari Ini

Tiada Hard Rock Cafe Di Putrajaya

hard rock cafe

KUALA LUMPUR: Hard Rock International menjelaskan ia tidak ada niat untuk membuka cawangan baharu di Malaysia ataupun mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan itu, selain daripada yang telah diumumkan sebelum ini.

“Hard Rock International mempunyai prosedur operasi yang ketat untuk mengenal pasti dan mengkaji satu-satu pasaran sebelum membuka cawangan baharu, mengambil kira budaya tempatan dan permintaan pasaran.

“Pengumuman pembukaan cawangan baharu akan datang daripada Hard Rock International dan bukan daripada mana-mana pihak ketiga,” katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada Isnin.

Sebelum ini, dilaporkan Hard Rock International dijangka membuka satucawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya tahun ini.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");