Membawang Hari Ini

Julia Roberts tetap pandang tinggi suami

julia robert 2

Walaupun usia perkahwinannya dengan Danny Moder sudah memasuki tahun ke-11, Julia Roberts tetap melihat suaminya dengan rasa kagum, malah sentiasa berasakan mereka masih dalam fasa bulan madu.

Beliau sendiri tidak menyangka perasaan itu masih sama, walaupun sudah lebih sedekad disatukan dan kini dikurniakan sepasang kembar berusia sembilan tahun, Phinnaeus dan Hazel, serta Henry, 6.

Bintang August: Osage County itu menganggap hidup bersama jurugambar berkenaan selama 11 tahun bagaikan sekejap kerana menganggap kehidupan mereka dilimpahi bahagia.

“Masa berlalu pantas. Melihat anak kami berlarian dalam rumah membayangkan cepatnya masa meninggalkan kita. Dalam erti kata lain, perasaan kami bagai pasangan baharu bercinta,” kata pelakon berusia 46 tahun itu.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");