Berita Hari Ini

Selesaikan isu tahanan Sweden dengan baik

mumtaz

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan tidak mahu usaha membela pasangan yang ditahan di Sweden dan usaha membawa pulang anak-anaknya menimbulkan ketegangan kedua-dua negara.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Mat Nawi berkata, pihak terlibat dalam kes berkenaan perlu menyelesaikan perkara itu dengan sebaik mungkin.

Mumtaz berkata, beliau juga gembira dengan tindak balas dari pihak kerajaan khususnya untuk menyelesaikan masalah itu dan diharapkan dapat diselesaikan dengan cepat.

“Kita harapkan sebagaimana disebutkan sebelum ini kesejahteraan kanak-kanak dan permohonan untuk balik ke Malaysia bersama keluarga diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

“Kita tidak mahu wujudkan ketegangan antara kedua-dua pihak kerajaan tetapi dalam hal kebajikan empat anak ini saya rasa pihak media perlu mainkan peranan. Yang saya bimbang ialah trauma mereka kerana sekarang ini dipisahkan dengan ibu bapa lebih dari sebulan,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Mingguan Exco semalam.

Harapan tersebut adalah berikutan insiden penahanan Pengarah Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan isterinya Shalwati Nurshal kerana didakwa memukul anak mereka yang berusia 12 tahun akibat tidak mendirikan solat disebabkan percanggahan budaya.

Tambahnya, beliau mahu kerajaan Sweden memberi pertimbangan supaya kedutaan Malaysia dibenarkan menjaga anak tersebut.

Malah, beliau juga menyokong sebarang usaha yang baik dilakukan oleh mana-mana pihak supaya ia membolehkan kerajaan Sweden mempertimbangkan perkara itu sehingga ke peringkat penghakiman.

“Saya rasa kerajaan Sweden patut mempertimbangkan gesaan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan ibu bapa serta rakyat Malaysia sendiri yang sangat prihatin kepada nasib kanak-kanak itu sendiri,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");