Sukan Hari Ini

Juventus mahu lamar Lamela

lamela

PASUKAN gergasi dari Itali, Juventus melaungkan kesungguhan mahu membawa bintang muda dari Argentina, Erik Lamela kembali ke saingan Seria A sepanjang jendela perpindahan dibuka bulan ini.

Lamela, 21, dikatakan menjadi sasaran utama Juventus setelah pemain itu dilaporkan tidak gembira selama berada di White Hart Lane apabila hanya beraksi tiga kali sahaja pada musim ini selepas berpindah dari As Roma.

Menurut sumber terdekat pemain tersebut, Lamela mahu berpindah dan mahu sentiasa turun bermain.

“Dia terlalu memikirkan Piala Dunia yang bakal berlangsung tahun ini. Dia ingin bermain untuk pasukan negaranya.

“Jadi untuk dia terpilih menyarung jersi pasukan kebangsaannya, dia mahu sentiasa bermain di peringkat kelab agar namanya tidak tercicir,” kata sumber itu.

Juventus dilaporkan sanggup menawarkan penyerang dari Montenegro, Mirko Vucinic dan yuran perpindahan sebanyak RM161.7 juta kepada Tottenham Hotspur bagi mendapatkan khidmat Lamela.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");