Berita Hari Ini

Orang ramai diminta jauhi kawasan pantai

tumbang1

BACHOK – Sejak amaran mengenai gelombang pertama hingga ketiga dikeluarkan hujung tahun lalu, tinjauan mendapati masih ramai yang berdegil dan melakukan aktiviti di pantai, termasuk bermandi manda pada musim tengkujuh ini.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan berkaitan keselamatan di pantai melalui beberapa saluran, termasuk media untuk kebaikan mereka.

Menurutnya, perkara itu bukan baharu tetapi saban tahun musim tengkujuh melanda pesisir pantai timur.

“Beberapa kes sudah berlaku di negeri lain tetapi masih tiada yang lemas di Pantai Irama. Orang ramai sepatutnya peka dengan keadaan pantai yang tak selamat.

“Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah. Kami sentiasa bersedia sepanjang musim tengkujuh ini walaupun Bachok masih belum dilanda banjir dan kejadian lain yang tak diingini,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, pesisir Pantai Irama semakin terhakis walaupun pembinaan benteng ‘groin’ giat dijalankan untuk menyelamatkan aset Bachok tersebut.

Struktur bongkah batu besar dan pokok di tepi pantai juga tumbang akibat air pasang yang semakin naik ke daratan terutamanya pada waktu malam.

Manakala, sumber daripada petugas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata, walaupun masih tiada kes mati lemas tetapi terdapat kes yang sempat diselamatkan oleh mereka.

“Laut bergelora dan ada yang degil mandi di pantai. Ada kes yang hampir lemas, kaki tersepit dicelah batu, cedera dan sebagainya tetapi sempat diselamatkan.

“Kami harap pengunjung lebih peka dengan keadaan laut yang tidak sesuai untuk mandi sekarang,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");