Membawang Hari Ini

Kelly Clarkson umum jantina bayi

KELLI

SETELAH mengumumkan kehamilannya pada November lalu, penyanyi, Kelly Clarkson mengakui dapat mengagak jantina bayinya itu.

Menurut Clarkson, berdasarkan kepada alahan yang dilaluinya, dia yakin bahawa bayi yang dikandungnya itu adalah perempuan.

Malah, Clarkson turut berkongsi perkara itu menerusi laman mikro Twitter, miliknya. “Kami tahu jantina anak ini, ia adalah perempuan!. Hanya anak perempuan yang boleh buat ‘drama’ dan muntah-muntah begini.

“Saya sendiri pelik kenapa ia dipanggil morning sickness kerana ia berlaku siang dan malam,” tulis Clarkson lagi. Selain itu, isteri kepada Brandon Blackstock ini juga turut memberi beberapa tip kehamilan kepada pengikutnya di laman sosial itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");