Berita Hari Ini

Kementerian Kesihatan Cadang Projek Perumahan Baharu Tidak Dipasang Talang Air Hujan

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya1

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan mencadangkan agar talang air hujan tidak dipasang pada atap rumah untuk projek perumahan baharu bagi mengekang pembiakan nyamuk Aedes.

Ini kerana kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, pemeriksaan pihaknya mendapati talang air hujan pada atap rumah sedia ada merupakan kawasan utama pembiakan nyamuk Aedes sekarang.

“Banyak rumah yang kita periksa tidak menyelenggara talang tersebut menyebabkan air bertakung jadi mudah Aedes membiak. Maka diharapkan pada masa depan perumahan baharu tidak lagi dipasang talang air itu,” katanya pada Ahad.

Beliau yang ditemui pemberita selepas melancarkan Kempen Ayuh Gempur Aedes Perdana Peringkat Kebangsaan 2014 di sini, berkata pihaknya akan membincangkan cadangan itu dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan KerajaanTempatan (KPKT).

Kementerian ini juga akan mencadangkan kepada KPKT agar meminda peraturan bagi membolehkan talang air pada perumahan sedia ada ditanggalkan, katanya.

Dr Hilmi turut mengingatkan masyarakat bahawa usaha membanteras nyamuk Aedes membabitkan semua pihak dan orang awam sendiri perlu ada kesedaran untuk menjagakebersihan di kawasan masing-masing.

Katanya peningkatan jumlah kematian akibat denggi di Selangor iaitu 24 kes pada 2013 berbanding 12 kes pada tahun sebelumnya perlu dipandang serius oleh rakyat negeri itu.

“Jadikan usaha memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes sebagai amalan setiap masa kerana denggi bukan sekadar isu kesihatan tetapi juga kebersihan,” tegasnya.

Malah katanya kempen ‘Luang masa 10 minit’ untuk membersihkan kawasan rumah seharusnya lebih dipergiat kerana hanya usaha sedemikian dapat membantu mencegahpembiakan nyamuk dari peringkat awal.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");