Perak Hari Ini

Lubang Besar di Jalan Medan Ipoh Undang Bahaya Buat Pengguna

PERAKTODAY4

Sudah berlarutan hampir dua minggu namun tiada tanda-tanda masalah jalan berlubang di persimpangan Jalan Medan Ipoh 2, akan berakhir sekaligus mengundang bahaya kepada pengguna lalu lintas di situ.

Keadaan lubang yang pada mulanya hanya merekah sedikit kini semakin besar dan sedalam kira-kira 1 meter.

Pemandangan tambah tidak menarik apabila lubang besar yang terbiar itu menjadi sasaran sindiket Ah Long mempamerkan iklan haram mereka di situ.

PERAKTODAY2Seorang penduduk, Maimunah Zannudin, 28, kewujudan lubang itu dikhuatiri akan membahayakan pengguna jalan raya kerana jalan itu merupakan jalan alternatif untuk ke pusat beli-belah Tesco.

“Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) perlu segera membaiki jalan ini kerana ia boleh membahayakan nyawa pengguna lalu-lintas terutamanya di waktu malam,” katanya kepada Peraktoday.com.my.

Manakala menurut Abdul Kadir Abdul Aziz, aduan yang dikemukakan kepada pihak berwajib tidak membuahkan sebarang hasil dan dari hari ke hari, masalah itu bertambah semakin serius.

“Hal ini melibatkan nyawa orang ramai dan jika tidak dibendung segera, ia dikhuatiri akan meragut nyawa,” katanya kesal.

Jelasnya lagi, rakyat telah membayar cukai yang telah ditetapkan tetapi kemudahan yang disediakan masih berada pada tahap yang belum memuaskan hati pembayar cukai.

“Pihak berwajib perlu cekap dalam mengambil tindakan dan lubang itu tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja apatah lagi di musim hujan sejak kebelakangan ini,” katanya lagi.

Sementara itu, masalah perparitan di kawasan tersebut juga berlaku hingga menyebabkan air bertakung di atas permukaan jalan.

“Saya merayu supaya pihak MBI lebih peka dan komited dalam usaha mengambil berat soal kebajikan wargakota,” katanya lagi.

Tinjauan krew Peraktoday.com.my turut mendapati keadaan longkang di sekeliling kawasan berdekatan turut tersumbat tanpa dibersihkan pihak berkuasa tempatan.

PERAKTODAY3

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");