Jenayah

Maut Dirempuh Lori

Di langgar lori

BESTARI JAYA: Gara-gara masuk ke laluan bertentangan, seorang lelaki maut di KM 17.5 Jalan Tanjong Karang-Rawang berhampiran Ladang Bukit Talang, Raja Musa, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa, G Gengan, 44, dari arah Kuala Selangor menghala ke Bestari Jaya meninggal dunia di tempat kejadian selepas berlanggar secara berdepan dengan sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad menjelaskan, anggota polis trafik yang diketuai Inspektor Mohamad Elme Othman bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

“Mangsa yang beralamat di Jalan Hamzah Alang 29, Taman Intan, Kapar dipercayai menunggang motosikal seorang diri itu mengalami kecederaan parah di kepala.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba menyebabkan pemandu lori gagal mengelak dan melanggar mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat manakala pemandu lori difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/maut-dirempuh-lori-1.244691

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");