Perak Hari Ini

Tindakan Tegas Kementerian Pendidikan Dipuji: Gerakan Belia 4B Perak

PERAKTODAY4

Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Perak memuji tindakan pantas Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran negeri yang berjaya menyelesaikan kes berhubung tindakan seorang guru sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), Khai Meng dekat Sungkai yang mengenakan hukuman denda keterlaluan terhadap dua muridnya, 23 Januari lalu.

Menurut Naib Presidennya, Aswannudin Hariffudian, tindakan keterlaluan yang dilakukan oleh guru terbabit melakar sejarah hitam dalam lipatan sejarah pendidikan khususnya di negeri Perak.

“Tindakan melampau itu tidak selari dengan budaya timur kerana ia amat keterlaluan serta merendahkan martabat manusia,” katanya.

Jelasnya lagi, gerakan itu membuat tiga gesaan kepada Jabatan Pendidikan Perak iaitu menggesa tindakan menghukum murid perlulah mengikut garis panduan yang jelas.

“Hukuman terhadap murid juga perlu mengikut perbezaan kesalahan displin dan kesalahan kecil supaya guru tidak boleh menghukum sewenang-wenangnya.

“Selain itu, kami menggesa agar guru-guru menerapkan nilai kasih sayang iaitu masyarakat penyayang dan menganggap murid tersebut seperti anak sendiri,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, penerapan budaya tersebut perlu dimulakan pada peringkat sekolah rendah lagi.

“Bagi kami keputusan Kementerian Pelajaran adalah dalam situasi menang-menang dan bukanya menghukum,” jelasnya.

Katanya lagi, ianya perlu dijadikan iktibar buat semua masyarakat selepas ini.

Sementara itu, memorandum tersebut telah diserahkan kepada wakil Pengarah Pendidikan Perak, Aznan Alias.

Guru tersebut yang menghukum muridnya seperti lembu khamis lalu telah diarahkan bertukar ke sekolah lain selain diberikan surat amaran tegas.

Keputusan tersebut dibuat oleh Kementerian Pendidikan semalam selepas mengambil kira semua aspek.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");