Membawang Hari Ini

Meriah & bertenaga!

meriah

MENJADI kebiasaan berbagai acara diadakan untuk memeriahkan suasana ambang tahun baharu.

Seperti sebelum-sebelum ini, Bahagian Program Radio RTM, tidak ketinggalan mengadakan konsert sempena sambutan tahun buat seluruh masyarakat di negara ini.

Memilih lokasi, Laman Astaka, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, kali ini, KLfm tidak bergerak secara sendirian apabila kesemua stesen radio utama di RTM iaitu Radio Klasik, Nasionalfm, Aifm, Minnalfm, Traxxfm dan Asyikfm bergabung untuk menjayakan konsert tersebut.

Dengan kerjasama Dewan Bandarya Kuala Lumpur (DBKL), Konsert Aktif 7, ini  berjalan dengan jayanya tepat jam 9 malam menemui orang ramai yang hadir.

Selain persembahan daripada barisan artis ternama, pengunjung yang hadir juga akan menyaksikan keunikan setiap penyampai radio yang turut sama membuat persembahan.

Dengan menampilkan  sebelas artis tanah air yang hebat seperti Nico, Mila, Kristal, Daus, One Nation Emcees, Sixth Sense, Suki, Aliff Aziz, Forteen, Elyana dan Asfan.

Konsert ini diacarakan oleh penyampai radio Nasional fm  dan Traxx fm. Kepetahan mereka semasa ke udara di corong-corong radio diuji dengan mengacara di hadapan ribuan penonton.

Pembukaan konsert dimulakan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada penyampai-penyampai radio RTM yang begitu menarik berserta persembahan moto berkuasa besar.

Ribuan penonton membanjiri Astaka Taman Tasik Titiwangsa seawal pukul 8.30 lagi dan kemeriahan penonton menggamatkan lagi suasana konsert tersebut.

Persembahan artis tanah air dimulakan dengan Daus AF8 yang menyampaikan lagu yang bertajuk Kenapa yang disampaikan dengan penuh tenaga.

Setiap persembahan artis akan diselitkan persembahan dari penyampai-penyampai stesen radio dengan bermacam gaya dan lagu yang dibawa oleh mereka.

Secara langsung di RTM

Bagi mereka yang tidak dapat menonton secara langsung di Taman Tasik Titiwangsa, pihak RTM telah menyiarkan Konsert Aktif 7 juga secara langsung di radio KLfm dan saluran TVi 180 Astro bermula pukul 10 malam pada hari yang sama.

Kehangatan konsert semakin terasa apabila kumpulan Forteen muncul melakukan persembahan, sorakan dan tepukan penonton memperlihatkan kumpulan ini mempunyai kekuatan yang tersendiri dan mempunyai peminat yang ramai.

Lagu Berdua Bersatu mendapat tepukan yang gemuruh dan nyanyian bersama oleh penonton-penonton membuatkan konsert ini semakin hangat.
Rata-rata penonton yang hadir pada malam ambang tahun baharu itu menyatakan kepuasan dengan konsert yang diadakan dan barisan artis yang ditampilkan.

Selain itu juga, penonton berharap agar program seumpama ini diteruskan lagi dan untuk tahun-tahun yang akan datang.

Bagi mereka yang hadir menyaksikan konsert ini, selain meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak mereka juga dapat berhibur.

Konsert ini sampai di kemuncaknya apabila kesemua sampai di detik pengiraan menuju ke tahun baru tepat jam 12 malam.

Pengunjung yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong kerana sebanyak tujuh buah motor jenama Modenas disediakan sebagai hadiah cabutan bertuah kepada penonton.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");