Berita Hari Ini

Pasukan Bantuan Nyaris Ditembak FSA

xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.xTAkUtPTSu

Sepang: “Misi kali ini lebih sukar di mana kami berdepan pelbagai risiko termasuk nyaris ditembak Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan hampir dilontar bom tangan ketika melalui pusat pemeriksaan untuk memasuki sempadan Turki-Syria,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) Syahrir Azfar Saleh.

Beliau berkata, dia bersama 10 sukarelawan lain berdepan saat mencemaskan itu ketika ingin memasuki Syria melalui Idleb sambil membawa misi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat di Syria.

Katanya, dia sendiri tidak dapat bayangkan situasi dimana anggota FSA sudah bersedia untuk menyerang rombongannya selain jari masing-masing sudah berada di picu senapang.

“Anggota tentera itu berbuat demikian kerana menyangka kami semua puak ekstremis (pelampau) dari luar Syria. Namun, ia tidak cukup meyakinkan anggota berkenaan sebelum salah seorang penduduk tempatan yang bersama rombongan kami memberi penjelasan sebenar.
“Bagaimanapun, kami dilepaskan selepas penduduk tempatan itu menelefon ketua FSA selain mengemukakan pelbagai bukti dan dokumen termasuk gambar kerja sukarelawan yang kami pernah lakukan di Syria pada misi sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pagi semalam.
Syahrir bersama sukarelawan dari MLLFS dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) selamat tiba di KLIA kira-kira jam 7.30 pagi semalam selepas hampir dua minggu berada di Syria untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan.

Katanya, lebih sukar rombongan terpaksa melalui lima pusat pemeriksaan sepanjang 20 kilometer (km) perjalanan menuju ke lokasi penyerahan bantuan di Azaz.

Menurutnya, hampir setiap hari berlaku letupan berhampiran lima pusat pemeriksaan itu dipercayai dilakukan sama ada menerusi letupan bom kereta termasuk individu yang meletupkan diri sendiri.

“Anggota FSA percaya tindakan itu dilakukan bagi memusnahkan pusat pemeriksaan, sekali gus memberi peluang kepada puak ekstremis memasuki Syria dengan mudah, dan memburukkan lagi keadaan konflik di negara itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Rescue Syria MAPIM Sani Araby, 30, berkata, keadaan di Syria kini bertambah kritikal apabila tentera kerajaan di bawah Presiden Bashar al-Assad bukan sahaja menyerang kubu FSA sebaliknya hospital dan sekolah turut menjadi sasaran.

 

 

 

 

-HARIAN METRO-

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PasukanbantuannyarisditembakFSA/Article/index_html

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");