Berita Hari Ini

Pekerja Malaysia bercita-cita tinggi

pekerja

HAMPIR tujuh daripada 10 (66 peratus) pekerja di Malaysia merancang berhenti daripada pekerjaan sekarang dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk memajukan kerjaya masing-masing, menurut tinjauan Laporan Dunia Pekerjaan Randstad 2013/2014 dikeluarkan, semalam.

Pengarah Randstad Malaysia Jasmin Kaur berkata, hasil tinjauan itu memberikan petunjuk kepada majikan untuk membaiki cara mereka menarik bakat, strategi melayan dan mengekalkan pekerja dan paling penting ialah menangani kadar pemberhentian kerja yang tinggi.

Beliau berkata, perangkaan itu menunjukkan memajukan kerjaya, perkara penting, namun hanya seorang dalam empat pekerja (39 peratus) menerima latihan dan peluang memajukan diri dalam pekerjaan semasa.

“Berdasarkan kedudukan ini, pemilik perniagaan di Malaysia harus melabur dalam strategi pengurusan bakat yang menyediakan program pembelajaran dan latihan memajukan diri pekerja,” kata beliau.

Laporan itu juga mendapati penggerak paling utama bagi pekerja untuk bekerja cemerlang dan kekal ialah jika mereka mempunyai pemahaman terhadap peranan dan sumbangan mereka untuk mencapai matlamat organisasi (30 peratus) dan perasaan dihargai dan diiktiraf (16 peratus).

“Majikan perlu mengimbangi pelbagai bentuk motivasi pekerja mereka, bukan semua pekerja mahu dipuji secara terbuka, gaji dan bonus yang tinggi. Sesetengah pekerja mungkin mahukan pilihan kerja yang fleksibel atau peluang mengetuai sesuatu projek baharu,” katanya. –

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");