Sukan Hari Ini

Peledak Tak Menjadi: Azraai

Mohd Azraai Khor Abdullah

Kuala Terengganu: Kekalahan 0-2 kepada Terengganu malam kelmarin memberi isyarat T-Team perlu mengasah taji jentera serangan sebelum berdepan Johor Darul Ta’zim (DT) dalam kancah pusingan kedua Piala FA di Stadium Larkin, Sabtu ini.

Kemenangan 1-0 ke atas Johor DT dalam pentas liga Sabtu lalu belum cukup buat anak buah Mohd Azraai Khor Abdullah mengulangi kejayaan itu sekali lagi sekiranya prestasi semasa diambil kira, sebaliknya skuad The Titans itu perlu meningkatkan kualiti permainan terutama di bahagian serangan dan tengah yang tampak kurang idea mencipta jaringan selain perlu memperkemaskan benteng pertahanan.

Hakikat itu diakui Mohd Azraai yang menyatakan corak permainan anak buahnya merosot ketika bertemu pasukan senegeri berbanding pertemuan dengan Johor DT.

“Pada malam ini (kelmarin) persembahan pemain kurang menjadi selain kelalaian benteng pertahanan pada akhir babak pertama sehingga menyebabkan kita ketinggalan 0-1 sebelum lawan menambah satu lagi jaringan pada separuh masa kedua.

“Saya tidak mahu menyalahkan pemain 100 peratus yang mungkin kurang pengalaman tapi mengharapkan mereka bangkit untuk perlawanan kalah mati Piala FA ketika bertemu Johor DT,” katanya.

Sementara itu pengendali Terengganu Abdul Rahman Ibrahim puas hati selepas prestasi pasukannya semakin meningkat terutama kejayaan membenam T-Team.

“Walaupun secara taktikal belum mantap, prestasi keseluruhan pemain semakin meningkat bagi menyuntik semangat pemain untuk menentang PKNS FC pada Selasa depan,” katanya.

 

 

– HARIAN METRO –

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peledaktakmenjadi_Azraai/Article/index_html

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");