Perak Hari Ini

Pencalonan Anwar Beri Kesan Negatif Kepada Amalan Demokrasi

anwar

Keputusan meletakkan Ketua Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang akan memberi kesan negatif kepada amalan demokrasi di negara ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, juga berkata tindakan itu merupakan usaha pihak pembangkang untuk memperbodoh-bodohkan rakyat kerana menganggap diri mereka berada di tahap terbaik untuk melakukan apa sahaja dan rakyat bakal menerimanya.

“Bagi saya, itu sekadar pandangan mereka dan saya percaya rakyat tidak boleh dicandukan atau diperbodoh-bodohkan dengan keputusan meletakkan Anwar sebagai calon PRK DUN Kajang .

“Ia jelas menunjukkan matlamat utama pembangkang terutamanya Anwar adalah untuk menawan Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina di Dewan Sekolah Hwa Lian 1, Pasir Bogak, dekat Pangkor, hari ini.

Mengulas lanjut, Menteri Besar Perak itu juga berkata, rakyat perlu menilai dengan bijak taktik atau permainan pembangkang di Selangor.

Tambahnya, jika sekiranya BN berbuat perkara yang sama, sudah pasti ia akan dilabel sebagai parti yang kotor sebaliknya digambarkan sebagai gerakan parti atau perancangan yang begitu suci jika dilakukan oleh pihak pembangkang.

“Inilah gambaran yang ingin dipaparkan kepada rakyat dan saya harapkan semua pihak dapat menilai dengan bijaksana apa yang pihak pembangkang di Selangor lakukan.

“Anwar ingin menjadikan DUN Kajang sebagai platform untuk dirinya mengubah Kajang seperti Erdogan yang berjaya mengubah Istanbul sekaligus menjadi Perdana Menteri Turki,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");