Isu Panas

PRK Kajang: Tindakan PKR Bukan Alasan Baik – SPR

spr-malaysia

PETALING JAYA: Meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat yang dipilih dengan sewenangnya bukan alasan yang baik untuk mengadakan pilihan raya kecil, kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata, kekosongan biasanya akan berlaku apabila ada kematian atau wakil rakyat tersebut ‘dipaksa’ untuk mengosongkan kerusi itu.

Di bawah Artikal 48, wakil rakyat mesti melepaskan kerusinya jika didapati atau diisytiharkan sebagai antara lain tidak sempurna akal, muflis atau telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara tidak lebih daripada setahun atau denda RM,2000 dan ke atas.

Abdul Aziz berkata, kekosongan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berikutan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sepatutnya boleh dielakkan.

Suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas pada 5 Feb ini bagi menentukan tarikh pencalonan dan pembuangan undi di Kajang.

Lee merupakan seorang peguam adalah muka baru yang mewakili PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada 5 Mei tahun lalu.

Beliau berkata, peletakan jawatan ini adalah untuk “kebaikan dan kekuatan Pakatan Rakyat yang mempunyai kemampuan untuk menguruskan Selangor”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");