Berita Hari Ini

Protes bantah sekatan media

press condemn

YANGON – MYANMAR . Lebih 200 wartawan, semalam mengadakan protes sebagai membantah sekatan terhadap kebebasan media di Myanmar selain menuntut pembebasan rakan seperjuangan mereka.

Mereka berarak di sepanjang laluan utama di Yangon sambil melaungkan slogan mengutuk sekatan yang dikenakan kerajaan tersebut.

Bantahan dianjurkan oleh Rangkaian Wartawan Myanmar itu juga adalah respons kepada hukuman penjara dikenakan terhadap seorang wartawan tempatan.

Ma Khine yang merupakan kakitangan kumpulan Eleven Media didapati bersalah kerana memfitnah dan menceroboh harta persendirian milik seorang peguam serta mengeluarkan kata-kata kesat ketika mewawancara plaintif, dipetik dari laporan AFP.

-SINNAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");