Jenayah

Bengang dapat wang palsu RM100

wang palsu

SELAYANG – Seorang warga emas terkilan titik peluh sehariannya berniaga nasi lemak dari jam 3 petang sehingga 11 malam ditipu seorang lelaki yang menyamar menjadi pelanggan sebelum membeli jualannya menggunakan wang palsu RM100.

Anak mangsa mahu dikenali sebagai Hisham, 30-an berkata, kejadian jam 10 malam Sabtu lalu dilakukan seorang warga tempatan berusia 20-an yang datang bersama rakannya menaiki sebuah kereta.

Menurutnya, ibunya yang sedang bersiap-siap mengemas barang untuk pulang tidak mengesyaki apa-apa dan memulangkan wang baki pelanggan seperti biasa.

“Selalu saya temankan mak tetapi pada hari kejadian saya keluar sekejap ke kedai membeli barangan.

“Wang palsu itu hanya disedari oleh mak sewaktu ingin membuat bayaran di pasar borong selepas selesai membeli barang basah untuk berniaga.

“Tidak berpuas hati didakwa wang palsu saya kemudian pergi ke sebuah pasar mini untuk scan wang berkenaan dan nyata wang tersebut adalah palsu berdasarkan nombor sirinya yang tidak sama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bimbang insiden tersebut berulang katanya, dia telah mengingatkan emaknya supaya tidak menerima sebarang wang kertas RM50 atau RM100 sekiranya koyak.

“Kami menganggapnya tiada rezeki dan ada juga menunggu sekiranya lelaki berkenaan muncul namun hampa.

“Saya sedih kerana tergamak dia menipu warga emas yang mencari wang berniaga di tepi jalan untuk meneruskan hidup,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");