Berita Hari Ini

Rakyat Disaran Berazam Amal Gaya Hidup Lebih Sihat Pada 2014

s-subramaniam1-oct3

KUALA LUMPUR- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengajak rakyat Malaysia berazam mengamalkan gaya hidup lebih sihat pada 2014.

Beliau berkata gaya hidup yang positif, terutama dalam kalangan orang muda, mampu dipupuk menjadi amalan sehingga ke hari tua jika semua rakyat mempunyai azam dan komitmen yang kuat.

“Kita perlu menanam azam dan tekad di hati bahawa kita mahu hidup dengan lebih sihat supaya kita akan panjang umur di dalam keadaan sihat supaya mampu menjaga ahli keluarga kita tersayang,” kata beliau dalam perutusan bersempena ketibaan tahun 2014 Selasa malam.

Beliau juga meminta masyarakat Malaysia bersatu di bawah kepimpinan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengatasi apa sahaja cabaran.

Subramaniam juga berkata rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana dapat menyambut tahun baharu dalam keadaan yang aman, penuh kemeriahan dan dalam suasana muhibah, tidak seperti di beberapa negara lain di dunia.

“Semoga tahun baharu ini akan diberkati dengan kejayaan bagi rakyat Malaysia, yang bersama-sama berusaha untuk menggembleng tenaga ke arah sebuah negara yang sihat, produktif, aman dan makmur,” katanya.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Planivel berharap penguatkuasaan dapat dipertingkat bagi membanteras aktiviti penyeludupan hidupan liar, pemburuan, pembukaan tanah dan pembalakan haram serta pembakaran terbuka.

“Saya juga berharap agar semua jabatan di bawah kementerian dapat berganding bahu dalam menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dalam memastikan Cameron Hinglands kekal sebagai pusat pelancongan tanah tinggi negara yang tersohor,” katanya.

Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014, beliau menyeru jabatan di bawah kementerian yang telibat dengan aktiviti ekopelancongan memastikan semua taman negara, taman laut, hutan lipur dan sebagainya dipelihara sebaik mungkin selaras usaha konservasi.

Palanivel juga berkata program Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara yang dijalankan pihaknya bagi memastikan negara bebas ancaman banjir akan dipergiat pada 2014 demi kesejahteraan rakyat.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");