Berita Hari Ini

Red Omnibus kembali operasi

red omnibus

TAIPING – Golongan pelajar dan penduduk di sini, berasa lega berikutan syarikat bas Red Omnibus Sdn Bhd yang dikatakan bakal menghentikan operasi, kembali beroperasi sejak Oktober lalu.

Pelajar yang ditemui, Nur Sazlyana Hamdan, 18, berkata, apabila perkhidmatan bas berkenaan dihentikan beberapa bulan lalu dia sukar untuk ke sekolah.

Menurutnya, kebanyakan pelajar lebih gemar menggunakan perkhidmatan bas dari syarikat Red Omnibus Sdn Bhd berbanding bas sekolah.

“Syarikat berkenaan sudah lama beroperasi dan melibatkan laluan ke daerah Larut Matang, Selama (LMS) dan Kerian. Jika operasi bas itu dihentikan mendatangkan masalah kepada pelajar dan orang ramai untuk ke sekolah dan tempat kerja.

“Walaupun perkhidmatan bas Perak Transit disediakan, namun perkhidmatan bas tersebut tidak menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Zainab Ambrani, 48, berkata, perkhidmatan bas Red Omnibus amat diperlukan penduduk.

“Majoriti penduduk daerah Kerian dan LMS menggunakan bas ini kerana teksi mahal.

“Saya lega apabila bas berkenaan beroperasi semula,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Syarikat Red Omnibus Sdn Bhd, Roslan Nordin berkata, pihaknya meneruskan semula operasi bas berkenaan sejak 1 Oktober lalu.

“Kini pengurusan syarikat adalah yang baru dan pihak syarikat sedang menaik taraf perkhidmatan secara berperingkat. Jika dahulu hanya sembilan bas yang beroperasi setiap hari, namun kini bertambah kepada 15. Dalam masa sama, pihak syarikat juga merancang untuk meneruskan operasi 33 bas.

“Pihak kami juga sedang berusaha memohon peruntukkan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi menaik taraf lagi perkhidmatan,” katanya.

Menurutnya, perkhidmatan bas Red Omnibus akan beroperasi di semua laluan sama seperti dahulu iaitu melibatkan perkhidmatan dari Taiping ke Parit Buntar, Bagan Serai, Batu Kurau, Selama, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Gunung Semanggol, Kampung Dew dan Parit Buntar ke Selama.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");