Sukan Hari Ini

Enggan lepaskan Zaha Zaha kembali jadi perhatian United

zaha

PENGURUS Crystal Palace, Tony Pulis enggan melepaskan Wilfried Zaha kembali ke pangkuan Manchester United.

Zaha yang menyertai United dengan nilai bayaran perpindahan RM80 juta pada Januari tahun lalu dipinjamkan semula Palace sehingga akhir musim ini.

Laporan terdahulu berkata, pengurus The Red Devils, David Moyes mahu memanggil pulang pemain berbakat United yang berstatus pinjaman dalam usaha mengukuhkan kekuatan musim ini.

Namun, Pulis menjelaskan Zaha enggan bermain di London.

“Kami telah bercakap dengan Moyes mengenai Zaha. Mereka memang mahukan Zaha kembali ke London.

“Saya fikir ia bukan masalah bagi kami kerana dia pemain Manchester United.

“Kami cuba mempertahankan Zaha dan terus kekal di Selhurst Park,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");