Sukan Hari Ini

Serena Mara Ke Final

serena1

PEMAIN No.1 dunia, Serena Williams mara ke pusingan final kejohanan tenis Terbuka Antrabangsa Brisbane selepas menewaskan Maria Sharapova 6-2, 7-6 (9-7) pada separuh akhir, malam Jumaat.

Pemain kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu menambah rekod kemenangan ke atas Sharapova kepada 14 perlawanan.

Serena akan bertemu pemain No.2 dunia, Victoria Azarenka dalam aksi final pada Sabtu selepas pemain dari Belarus itu menundukkan Jelena Jankovic 1-6, 6-3, 6-4 dalam satu lagi aksi separuh akhir, malam Jumaat.

Keputusan:

Serena Williams (AS) mn Maria Sharapova (Rusia) 6-2 7-6(7)

Victoria Azarenka (Belarus) mn Jelena Jankovic (Serbia) 1-6 6-3 6-4

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");