Berita Hari Ini

Sukarelawan Banjir Akan Diberi Latihan – Shahidan

shahidan

PASIR MAS: Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan jabatan kerajaan berkaitan akan mengendali program latihan kepada pasukan sukarelawan, terutama di peringkat daerah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata latihan itu bertujuan memastikan keberkesanan program pertolongan dan bantuan yang dihulur oleh mereka.

“Tenaga sukarelawan diperlukan ketika banjir seperti membantu memindahkan penduduk yang terlibat dan menguruskan pusat pemindahan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat situasi terkini banjir yang melanda jajahan Pasir Mas Isnin.

Beliau berkata sehubungan itu, penubuhan pasukan sukarelawan akan dibuat dengan lebih teratur, termasuk mendaftarkan mereka agar mudah diaturgerak apabila tenaga mereka diperlukan.

Katanya, penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir juga boleh mengikuti latihan berkenaan.

Shahidan turut berpuas hati dengan operasi menyelamat dan bantuan kepada mangsa banjir gelombang kedua di sini, yang membabitkan 1,629 orang daripada 644 keluarga.

Beliau turut melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang dan meninjau kawasan yang dilanda banjir di situ.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");