Jenayah

Terpedaya ejen nombor ramalan

tipu cek

KULIM – Gara-gara mahu cepat kaya, seorang buruh berusia 40an terpaksa menanggung hutang apabila terpedaya dengan janji manis ejen nombor ramalan.

Mangsa ketika ditemui menyatakan dia sememangnya berhadapan masalah kewangan setelah kilang dia bekerja menamatkan operasi.

Katanya, beberapa minggu lalu, suspek datang berjumpanya dan menyatakan hasrat untuk membantu.

Menurutnya, nombor ramalan yang diperolehnya pasti akan mengena dan meminta mangsa memasukkan RM1,000 ke dalam akaun.

“Saya ketika itu memang perlukan duit kerana anak hendak bersekolah dan memerlukan pakaian serta beg baru selain buku sekolah.

“Tanpa berfikir panjang, saya telah memasukkan RM150 ke dalam akaunnya dan beberapa hari kemudian saya memasukkan RM150 lagi tanda jadi. Suspek kemudiannya meminta saya menjelaskan RM700 kepadanya dan wang RM1,000 itu akan digunakan untuk membeli nombor ramalan,” katanya.

Katanya, pada hari dijanjikan, dia membeli surat khabar dan nombor yang dibeli menang tempat pertama.

“Saya sangat seronok sebab menang hadiah berjumlah RM2 juta. Saya kemudiannya menghubungi ejen terlibat dan berbincang bagaimana saya boleh memperoleh duit itu. Suspek memaklumkan syarikat nombor ramalan sudah mengeluarkan cek kepadanya. Ini adalah kerana orang Islam tidak boleh mengambil duit itu,” katanya.

Selain salinan kad nombor ramalan, suspek turut mengepos cek RM2 juta yang dimenangi mangsa.

Suspek kemudiannya menghubungi mangsa dan meminta supaya wang dimenangi itu dibahagi dua.

Mangsa bersetuju dan mendesak supaya suspek memasukkan RM1 juta ke dalam akaunnya.

Bagaimanapun setelah menunggu beberapa hari, wang yang dinantikan masih belum dimasukkan.

Mangsa menghubungi suspek dan meminta penjelasan kelewatan wang itu dimasukkan ke dalam akaunnya.

Suspek memaklumkan kepada mangsa Bank Negara tidak meluluskan RM1 juta itu dimasukkan ke dalam akuan persendirian.

“Saya mula curiga dan terus mendesak ejen terlibat supaya memasukkan wang ke dalam akaun saya secara berperingkat. Saya kemudiannya meminta bantuan dari seorang rakan yang bekerja di sebuah bank untuk mengenal pasti salinan cek itu.

“Saya terkejut apabila rakan memaklumkan bahawa salinan cek yang diberikan kepada saya itu merupakan cek palsu. Sekarang saya berhadapan dengan masalah untuk membayar semula wang beberapa rakan lain yang saya pinjam untuk membeli nombor ramalan itu,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, nombor telefon digunakan suspek masih boleh dihubungi, bagaimanapun ia tidak berjawab.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan saleh meminta mangsa membuat laporan polis dengan seberapa segera.

Beliau berkata, penipuan seperti ini sering berlaku dan meminta orang ramai sentiasa berwaspada.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");