Jenayah

Trak tunda lesap depan rumah

truk tunda lesap

BENTONG – Seorang pemandu trak tunda terkejut apabila mendapati trak tunda yang diletakkan di hadapan rumahnya lesap dalam kejadian awal pagi di Taman Aman dekat sini, semalam.

Pemandu yang dikenali sebagai Lim, 44, berkata, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin selepas pulang dari kerja dia meletakkan trak tunda jenis Nissan berwarna kuning itu berhampiran kediamannya dalam keadaan berkunci.

“Namun begitu apa yang mengejutkan, kira-kira jam 6.00 pagi ketika ingin menghantar anak ke sekolah saya terkejut kerana mendapati trak tunda berkenaan sudah tiada.

“Saya cuba mencari di sekitar kawasan perumahan namun tidak menemuinya,” katanya kepada Sinar Harian..

Dia kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan trak tundanya itu dan mengesyaki ia dicuri.

Katanya, trak tunda itu sudah hampir setahun lebih digunakannya dan dibeli dengan harga RM80,000.

“Tidak sangka trak tunda saya dicuri kerana sebelum ini jarang kejadian seumpama itu berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan terhadap kes ini berdasarkan maklumat diberi oleh pengadu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");