Berita Hari Ini

Abu Dari Letusan Gunung Berapi Sinabung Mungkin Landa Selatan Semenanjung Malaysia

Mount Sinabung

PETALING JAYA: Abu dari Gunung Sinabung, utara Sumatera yang meletus lagi pada Isnin, mungkin akan melanda sebahagian kawasan di selatan Semenanjung Malaysia, yang boleh menjejaskan jarak penglihatan dan operasi penerbangan, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gunung berapi yang terletak 271 kilometer dari Pulau Pangkor, Perak sebelum ini meletus pada hujung minggu lalu sehingga mengorbankan 15 orang.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, angin barat laut yang diramalkan berlaku sehingga Khamis “mungkin akan menyebabkan abu dari gunung berapi itu beralih ke arah selatan Semenanjung Malaysia, mungkin akan menjejaskan operasi penerbangan dan mengurangkan jarak penglihatan.”

Menurut kenyataan itu, Pusat Tsunami dan Gempa Bumi jabatan itu kini membuat pemantauan dan mengeluarkan sebarang perkembangan.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");