Perak Hari Ini

Pasukan Seladang Bertukar Lokasi Latihan, Dua Pemain Import Ditegur Tingkat Prestasi

perak PAFA

Pasukan Perak dibawa berubah angin dengan menjalani sesi latihan di beberapa lokasi berbeza sebagai persediaan menghadapi pasukan Kelantan yang bakal bertandang ke negeri itu, Sabtu ini.

Menurut pengurus Liga Super Perak, Datuk Azhar Ahmad, pasukan Seladang bakal berentap dengan lawan yang bukan calang-calang kekuatannya iaitu Kelantan yang telah beberapa kali memasuki peringkat akhir.

“Pasukan Perak perlu menang pada perlawanan Sabtu ini sekaligus menyakinkan semua penyokong untuk datang beramai-ramai sebagai tanda sokongan kepada pasukan kita,” katanya.

Jelasnya, kehadiran ramai penyokong akan menambahkan lagi semangat pemain untuk beraksi cemerlang di atas padang.

Katanya lagi, pertukaran lokasi latihan dibuat kerana setakat ini, pasukan Perak hanya berlatih di padang PERNAMA.

“Suasana sebenar tidak dirasai dan ia sangat berbeza seperti latihan yang dijalankan di perkarangan stadium.

“Orang ramai juga dapat melihat pemain kita berlatih dan terbaru, kita ambil langkah pindahkan lokasi latihan ke Manjung kerana di sana terdapat tiga stadium yang sesuai untuk sesi latihan pasukan Seladang,” katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pasukan itu juga akan dibawa berlatih di Taiping mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Sementara itu, beliau turut mengulas persembahan hambarr dua pemain import, Elie Da Cruz dan Zelimir Terkers yang telah diberi amaran sebelum ini supaya melipatgandakan usaha untuk beraksi di setiap perlawanan.

“Jika mereka berdua tidak boleh menjaringkan gol lagi atau tidak bersungguh-sungguh menjaringkan gol untuk 2 atau 3 perlawanan seterusnya, maka kita akan cuba cari pemain baru yang lebih berbakat,” tegasnya.

Jelasnya, tindakan itu perlu bagi memastikan Perak berada pada tahap lima pasukan teratas pada musim seterusnya.

“Mengikut undang-undang kontrak yang termaktub, kita boleh tamatkan kontrak mereka jika gagal beraksi dengan baik,” katanya lagi.

Tambah Azhar lagi, pihak pengurusan telah mengenal pasti beberapa calon yang layak iaitu seperti David Bala dan Anderson Rodrigues Cardoso, kedua-duanya dari Brazil yang dilihat beraksi dengan baik ketika ini.

“Semua posisi pemain sudah beraksi dengan baik, namun bahagian penyerang kita masih lagi tumpul,” katanya.

Jelasnya, kali ini pihak pengurusan akan mengambil tindakan tegas kepada setiap pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan berdisplin.

Katanya lagi, pasukan Perak perlu lebih berdisplin agar rentak pemainan sentiasa berada di tahap yang memberansangkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");