Perak Hari Ini

ADUN Hutan Melintang Keluar Parti?

kaseven-513

Tiada lagi kepercayaan terhadap pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi punca di sebalik tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan mengisytiharkan keluar parti berdasarkan sepucuk surat yang didakwa dihantar oleh wakil rakyat tersebut kepada pejabat Speaker negeri.

Surat bertarikh 2 Januari 2014 itu diterima oleh pejabat Speaker, Datuk SK Devamany pada 4 Januari lalu.

Surat yang didakwa dihantar oleh Kesavan itu bertujuan memaklumkan mengenai keputusannya keluar PKR dan menjadi Adun Bebas.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan berita berkenaan dengan mendakwa surat berkenaan adalah palsu.

“Perkara ini tidak benar…saya sahkan berita ini palsu.

“Beliau belum keluar PKR, beliau masih setia bersama kita,” katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan berkaitan, usaha Peraktoday.com.my menghubungi Kesavan bagi mengesahkan kesahihan surat itu belum membuahkan hasil, setakat ini.

Namun, sumber memaklumkan Kesavan menafikan dakwaan yang terkandung dalam surat tersebut.

– berita lanjut menyusul

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");