Isu Panas

PRK Kajang: Sokong Calon Tak Bermakna Sokong Anwar Jadi MB – Pemuda PAS

anwarr

KUALA LUMPUR: Menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak bermakna bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor, kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak isu menteri besar Selangor ini dihentikan segera.

“Pemuda PAS ingin menegaskan bahawa menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kajang tidak bermakna Pemuda PAS bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor.

“Pemuda PAS mendesak agar isu menteri besar dihentikan segera kerana rakyat Malaysia sudah muak dengan polemik politik yang tidak berkesudahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Selasa.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");