Berita Hari Ini

Ambil Iktibar Perpecahan Di Negara Luar

Datuk Seri Mustapa Mohamed.

KOTA BHARU: Rakyat negara ini perlu mengambil iktibar daripada perpecahan yang berlaku di negara lain sehingga mengorbankan nyawa, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata,rakyat Malaysia perlu merapatkan tali silaturrahim tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang bagi mengelak kejadian tidak diingini di negara ini.

“Kita perlu bersatu dalam keadaan yang kita hadapi hari ini, yang semakin mencabar.

“Kita sering kali mengatakan perpaduan tetapi perpaduan itu hanya di mulut sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Perarakan Perpaduan Kelantan Berselawat di Padang Perdana hari ini.

Tengku Laksamana Kelantan Tengku Ab Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim bersama kira-kira 3,000 petugas jabatan kerajaan dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak sambil berselawat sejauh 2.5 kilometer di sekitar bandar ini.

Mustapa juga berkata beliau setuju dengan saranan Tengku Ab Halim agar rakyat menjadikan peristiwa 1 Februari 1948, yang menyaksikan Malayan Union berakhir di bumi ini dan kelahiran Persekutuan Tanah Melayu sebagai teladan.

Beliau berkata rakyat juga perlu menghayati dan mencontohi perjuangan Rasulullah SAW dengan mewujudkan perpaduan sesama umat Islam.

Diminta mengulas tindakan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lee Chin Cheh yang meletak jawatan sebagai Adun Kajang pada 27 Januari lepas, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata selain satu pembaziran, ia juga akan mewujudkan pertelingkahan dalam kalangan pemimpin serta penyokong pembangkang.

“Kita harap rakyat yang cintakan keamanan negara ini akan memberi keyakinan kepada Barisan Nasional yang membela kepentingan rakyat tanpa mengira kaum,” katanya.

 

 

 

 

– BERNAMA –

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");