Membawang Hari Ini

Anuar Zain: Harga tiket RM1,380 berpatutan

7bm_anuarzainhargatiket00

Penyanyi terkemuka tanah air, Anuar Zain berkata, harga tiket persembahannya pada tahun ini harganya naik hampir sekali ganda iaitu dari RM698 ke RM1,380 adalah berpatutan.

Menurut Anuar, harga tersebut merangkumi makanan, hadiah di samping sebuah persembahan berkualiti.

“Harga itu berpatutan kerana ia merangkumi makanan, ‘door gift’, kualiti persembahan dan memberi peluang kepada para peminat untuk mendekati diri saya.

“Kita juga menjanjikan susunan muzik yang lebih segar dan mantap bersesuaian dengan tema majlis iaitu “Terindah…Anuar Zain” ia hadia ikhlas dari saya kepada peminat yang hadir nanti,” katanya kepada mStar.

Tambah penyanyi berusia 44 tahun lagi, persembahan itu akan diadakan pada 8 April 2014 bermula pukul 12 tengah hari di Hotel One World, Petaling Jaya.

Dalam pada itu, selain tiket berharga RM1,380, harga lain yang ditawarkan bagi menyaksikan acara itu ialah RM480, RM680 dan RM980.
Sementara itu, Anuar turut berkata, bergerak di bawah syarikat miliknya Anuar Zain Network.

“Peminat adalah bisnes untuk saya. Mereka juga banyak memberi sokongan kepada saya dalam membina karier dan kerana mereka saya berada sehingga ke tahap ini.

“Justeru dengan penganjuran Minggu Setiausaha di bawah syarikat sendiri, saya yakin dapat memberi persembahan terbaik demi kepuasan peminat setimpal dengan sokongan yang mereka berikan selama ini.”

Tiket-tiket mula dijual pada 7 Februari depan menerusi www.tiketcharge.com.my manakala tiket untuk VIP boleh diperoleh terus dengan menghubungi Anuar Zain Network di talian 019-3177476 atau 012-4642030.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/anuarzainnetwork.

-Tupai.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");