Berita Hari Ini

Isu Rapid, Terima Notis Pindah

Isu Rapid

KOTA TINGGI – Penduduk terlibat projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Pengerang telah menerima notis pindah ke penempatan baharu daripada pejabat Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor.

Ketua Kampung Sungai Kapal, Abd Kader Ahmad berkata, notis perpindahan berkuat kuasa mulai 15 Januari hingga 15 Februari, bagaimana pun tarikh penyerahan kunci belum ditetapkan.

“Kita harap penduduk terlibat bersiap sedia dan mereka diminta supaya menghubungi bilik gerakan kampung masing-masing jika ada permasalahan,” katanya ketika hadir Kursus Usahawan Peladang, Teknik Membuat Ais Krim di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengerang, Bandar Penawar, dekat sini.

Antara kampung terlibat ialah Kampung Sungai Kapal, Kampung Langkah Baik, Kampung Jawa Darat, Kampung Jawa Laut, Kampung Batu Mas, Kampung Teluk Empang dan Kampung Sebong.

Abd Kader yang juga Pengerusi PPK Pengerang berkata, seramai 82 orang terdiri daripada usahawanita PPK Pengerang mengikuti kursus.

Menurutnya, melalui kursus tersebut jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kelangsungan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang tidak pernah diabaikan.

“Golongan tersebut sentiasa mendapat bimbingan sewajarnya bagi menjana kemahiran serta meningkatkan pendapatan keluarga,” katanya.

Bagi usahawanita dari Unit PPK Sening, Zawiah Subar, 54, berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan yang ambil berat tentang pengusaha IKS daripada kampung.

Katanya, dengan kemahiran dimiliki, peserta boleh berdikari dengan memulakannya di rumah dan menyumbang bakti kepada masyarakat, sekali gus memperoleh pendapatan baik bagi menyara ahli keluarga.

“Peserta yang mengikuti kursus itu juga membuktikan mereka tidak bergantung kepada kerajaan bagi mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Roslina Rabon, 50, berkata, melalui kursus tersebut, sekurang-kurangnya membuka peluang kepada usahawanita untuk membuat ais krim secara kecil-kecilan dan boleh berniaga di pasar malam.

“Bukan sahaja seronok tetapi buka minda untuk kita berniaga secara kecil-kecilan,” kata ibu kepada tiga anak yang juga peniaga rojak di Medan Selera Bandar Penawar, di sini.

 

-SINAR HARIAN –

http://www.sinarharian.com.my/isu-rapid-terima-notis-pindah-1.246479

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");