Berita Hari Ini

Arahan catuan belum diterima – Syabas

air3Wakil penduduk sedang mengambil air di Sg Sikamat:-

Syarikat Bekalan Air Selangor Sendirian Berhad (Syabas) masih belum menerima sebarang arahan dari kerajaan negeri Selangor untuk memulakan catuan air kepada penduduk di negeri itu.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, setakat ini mereka tidak menerima sebarang arahan untuk memulakan proses catuan air di Selangor.

“Kami masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu, tetapi arahan mengenainya masih belum dikeluarkan atau diterima daripada pihak mereka.

“Apabila arahan diterima nanti, kami akan membuat perkara sewajarnya termasuk membuat hebahan kepada mereka yang terlibat,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi di sini hari ini bagi mengulas laporan berita mengenai catuan air di Selangor.

Menurut laporan itu, Selangor akan mengumumkan pencatuan air bagi kawasan yang terjejas di negeri ini pada hari ini.

Catuan itu dijangka dimulakan di kawasan Bukit Tampoi dan Batu 11 Cheras dan seterusnya akan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain yang menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, catuan itu akan melibatkan pengguna air di kawasan berkenaan mendapat bekalan air setiap selang dua hari.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");