Berita Hari Ini

MAS tawar jualan lima hari bagi destinasi terpilih

mas_0Malaysia Airlines (MAS) menawarkan jualan istimewa selama lima hari bermula hari ini bagi destinasi terpilih.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan negara itu berkata jualan berkenaan bagi tempoh perjalanan 28 Feb hingga 31 Mei 2014.

Tambang eksklusif ini hanya boleh didapati minggu ini dan penumpang boleh menikmati tawaran hebat dengan kelas ekonomi ke destinasi Asean dari serendah RM169 termasuk semua pergi balik, China dari RM899, Asia Selatan dari RM809 dan Australia dari RM1099.

Tambang ini termasuk cukai lapangan terbang, surcaj, 30 kilogram bagasi dan satu bagasi kabin sehingga 7 kilogram.

Perjalanan kelas busines juga boleh didapati semasa jualan berkenaan.

Selain itu, cabang pelancongan MAS, Golden Holidays, akan menawarkan beberapa pakej menarik.

Jualan berkenaan boleh didapati di semua saluran pengedaran iaitu www.malaysiaairlines.com, pusat panggilan MAS di 1 300 88 3000, pejabat tiket MAS dan ejen dilantik.

Bagi pakej Golden Holidays, pelanggan disaran melayari holidays.malaysiaairlines.com atau menghubungi 603 7863 4000 untuk maklumat lanjut.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");