Laporan Eksklusif

Baiki Segera Jalan Rosak, Pasang Lampu Jalan

IMG_2979Laluan maut.

Demikian gambaran yang diberikan pengguna yang sering berulang-alik menggunakan Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, terutamanya di kawasan Sungai Kruit menuju ke Klah Baru, dekat Sungkai yang sering mengundang kemalangan akibat selekoh yang tajam serta jalan berombak-ombak dan tidak rata.

Selain itu, tindakan penternak yang membiarkan lembu bebas berkeliaran turut menjadi punca berlaku kemalangan di kawasan terbabit, kata salah seorang penduduk di situ, Nazri Abu Bakar.

Jelasnya, nyawa pengguna terancam terutamanya di waktu malam kerana kerana laluan itu juga gelap gelita kerana tiada lampu jalan dipasang oleh pihak berwajib.

Tegasnya, lampu jalan sepatutnya dipasang di kawasan persimpangan bagi mengelak kemalangan di waktu malam manakala jalan yang rosak diturap dengan sempurna agar tidak mudah rosak.

Walaupun masalah itu sudah diajukan kepada pihak bertanggungjawab sebelum ini, tiada tindakan susulan diambil setakat ini, katanya kesal.

Terbaru, nyawa dua beranak katanya, melayang dalam kemalangan maut apabila kenderaan yang mereka naiki hilang kawalan selepas terlanggar bangkai lembu yang merintangi laluan tersebut.

“Laluan ini sering berlaku kemalangan hingga menimbulkan ketakutan kepada pengguna lalu lintas terutamanya pada waktu malam kerana kurangnya sumber pencahayaan hingga menyebabkan kawasan menjadi gelap gelita.

“Keadaan jalan yang tidak rata dan berombak-ombak juga punca berlaku kemalangan yang membawa kepada kecederaan ringan dan maut,” katanya lagi.

Memandangkan ia menjadi sering laluan utama kenderaan berat, jalan di situ katanya, juga cepat rosak, sekaligus mengundang bahaya kepada pengguna lalu lintas.

“Saya harap agar tindakan segera diambil oleh pihak berwajib. Jangan tunggu nyawa melayang, baru kita mahu ambil tindakan yang sewajarnya,” tegas Nazri lagi.

Beliau juga berkata, kemudahan jalan yang disediakan kerajaan itu berada dalam keadaan menyedihkan, sekaligus tidak menepati hasrat kerajaan untuk memberi kemudahan dan keselesaan terbaik kepada rakyat.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");